Kehidupan dan kerjaya Fatin_Afeefa

Fatin dilahirkan pada 13 Julai 1994 di Kuala Lumpur, Fatin Afeefa memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon kanak-kanak seawal umur 8 tahun. Drama pertama beliau ditayangkan di TV3, bertajuk Maksimum. Beliau membintangi filem Tentang Bulan arahan Ahmad Idham, yang turut dibintangi oleh Erin Malek, Nik Adruce dan Aedy Ashraf.

10 tahun kemudian, Fatin berlakon bersama Pekin Ibrahim dan Syafie Naswip dalam filem Kampung Drift. Beliau muncul dalam drama adaptasi novel, Red Velvet lakonan Neelofa dan Alif Satar. Kemudian disusuli drama adaptasi Korea “The Womans Room” yang bertajuk “Monalisa” lakonan Zara Zya dan Nazim Othman.

Beliau pernah berkahwin sebanyak dua kali namun perkahwinan pertamanya tidak didedahkan [2]. Pada 21 Disember 2013, Fatin telah berkahwin dengan pelakon Adam Shah dan anak pertama Afeefa dari perkahwinan pertama manakala anaknya yang kedua hasil perkahwinan beliau bersama Adam [3]. Pada 30 Mei 2017, pasangan ini telah memfailkan perceraian dan berpisah dengan baik.[4]